Isnin, 2 April 2012

TERCALAR

PADANG RRI ‘D’
31 Mac, BFC telah membelasahSaveillage 6-0, dimana perlawanan kedua pula Ilmar terikat seri dengan Kg Melayu SB 1-1. dalam masa sepuluh minit masa pertama BFC telah menjaringkan dua gol, sehingga tamat separuh masa pertama. Separuh masa kedua pula BFC terus menyrang dan menambah empat jaringan lagi.

BFC menentang Savillage

PADANG AWAM PAYA JARAS TENGAH
Di Padang Awam Paya Jaras Tengah pula berlangsung perlawanan antara Uptown Spider menentang M-Paya, dimana M-Paya telah menang tampa bertanding kerana pasukan Uptown Spider tidak hadir. Manakala perlawanan kedua dipadang ini perlawanan antara KGFC menentang New FC dengan berkesudahab KGFC menewaskan New FC 2-1.

PADANG AWAM PAYA JARAS HILIR.
Di Padang Awam Paya Jaras Hilir pula berlangsung perlawanan Sri Indah PBSB menentang Subang City, yang berkesudahan Subang City menang dengan jaringan 4-1. perlawanan kedua antara Punca Ara menetang Subang Setia Senior, dimana perlawanan ini berkesudahan 2-0 Punca Ara telah menang.

Puncak Ara menentang Subang Setia Senior

Agak memeranjatkan apa bila perlawanan antara Puncak Ara dan Subang Setia Senior agak kecoh selepas perlawanan mereka tamat. Dua dari permain Subang Setia Senior telah menyerang pengadil keempat dan memukul pengadil tersebut.

Dari perbuatan mereka boleh mencalarkan imej Liga Subang ini dari perhatian orang ramai yang hadir dan juga ini boleh digambarkan bahawa sikap-sikap permain dalam Liga Subang.

Pihak Jawatankuasa Liga Subang akan mengambil tindakan keras pada kedua-dua pemain dari Subang Setia Senior yang telah melakukan perkara tersebut.



4 ulasan:

  1. tindakan keras jgk ke atas refree ke4..berbudi bahasa lah...sama2 mkn nasi kan..huh

    BalasPadam
  2. Semua org makan nasi bro... Tahu peraturan dengan tak tahu peraturan lain bro...

    Kalau tengah main pun nak buat pertukaran apa citer bro..
    Aku perhatikan jer korang nak buat pertukaran sewaktu perlawanan tengah berjalan. Mana ref nak bagi tukar...
    EPL pun kena tunggu mendapat kebenaran tukar dulu...

    Ini bukan perlawanan persahabatan bro.. perlawanan liga busro yang ada peraturan yang harus dipatuhi...

    renung renungkan.. selamat beramal...

    JANGAN BAGI MAIN JER PERMAIN YG BUAT HAL NIE.....

    BalasPadam
  3. Sokong bro. Pemain macam nie jgn bagi main.
    Rosakkan majlis org jer.

    BalasPadam
  4. SEBAGAI ORANG KUAT PUNCAK ARA .
    DORANG MEMANG MEN KASAR TIME TUE ..
    TAPI KENE KOKOK(bunyi ayam)GAK .

    BalasPadam

Jangan salahgunakan kebebasan bersuara yang diberikan. Ulaslah dengan berhemah dan tidak menggunakan perkataan atau ayat yang boleh menyinggung perasaan kaum atau agama tertentu. PIHAK ADMIN AKAN MEMADAM MANA-MANA ULASAN YANG MENYINGGUNG PERASAAN MANA-MANA PIHAK. Berikan ulasan yang membina demi kemajuan dan pembangunan sukan bolasepak di kawasan kita ini. Harap bekerjasama.