Liga Subang mengucapkan Selamat Tahun Baru 2012, dengan datangnya tahun baru ini agar pemain-pemain Liga Subang dapat menunjukkan permainnan yang begitu mantap dan juga semangat berpasukan. Sesunguhnya apa yang diperlihatkan hari ini dengan adanya Liga Subang yang gilang-gemilang menunjukkan kepada masyarakat bahawa bola sepak telah berhasil menyatukan semua bangsa untuk menikmati perlawanan bola sepak secara bersama-sama. Liga Subang juga memperlihatkan kepada kita semangat 1Rakyat 1Bola Sepak. Dalam konteks ini, FAS sebagai badan induk bola sepak Selangor yang mempunyai kuasa dalam mengatur hal ehwal bola sepak di seluruh Negeri Selangor, memberi panduan yang tegas bahawa semua pasukan yang berdaftar layak untuk mengikuti pertandinggan Liga Subang. Sepanjang pasukan terbabit tidak menyalahi aturan yang ditetapkan oleh FAS dan secara khusus, tidak membeza-bezakan pasukan bagi terbabit dalam kerjaya, dalam sukan yang paling popular ini, maka pasukan berkenaan layak bertanding.
Sebaliknya, permainan bola sepak yang dipenuhi dengan unsur-unsur ketidakjujuran, kecurangan, rasuah dan menggunakan ubat-ubatan terlarang bagi meningkatkan penampilan pemain di atas padang bola, boleh menggambarkan keadaan sebenar daripada sesebuah pasukan itu. Begitu juga tingkah laku para penyokongnya. Dalam sejarah dunia bola sepak, wujud beberapa kumpulan penyokong-penyokong fanatik sesebuah pasukan yang tidak segan silu bertindak ganas dan merusuh di negara asing di mana perlawanan bola sepak berlangsung. Penyokong Inggeris yang terkenal dengan sebutan hooligans merupakan kumpulan yang digeruni oleh penyokong lawan terutama setelah peristiwa Heysel, Belgium pada tahun 1985 yang mengorbankan 39 penyokong Itali. Perilaku penyokong juga mencerminkan tingkah laku sesebuah pasukan berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jangan salahgunakan kebebasan bersuara yang diberikan. Ulaslah dengan berhemah dan tidak menggunakan perkataan atau ayat yang boleh menyinggung perasaan kaum atau agama tertentu. PIHAK ADMIN AKAN MEMADAM MANA-MANA ULASAN YANG MENYINGGUNG PERASAAN MANA-MANA PIHAK. Berikan ulasan yang membina demi kemajuan dan pembangunan sukan bolasepak di kawasan kita ini. Harap bekerjasama.