Isnin, 16 Januari 2012

PAHIT MANIS DITELAN JUGA

PADANG RRI ‘D’
15 Januari, perlawanan antara 4B Paya Jaras dan Union FC begitu rancak sekali. Bertubi-tubi serangan dari 4B Paya Jaras terhadap Union FC. Namun Union FC bertahan sehingga dapat membuat serangan sekali-sekala, menunjukkan serangan Union itu amat berbisa sekali. Dalam dalam separuh masa pertama Union FC dapat menjaringkan satu gol terhadap 4B Paya Jaras. Separuh masa kedua 4B Paya Jaras banyak bermain dengan bertahan, tidak begitu menyegat rentak permainan 4B Paya Jaras. Jam 5.00 petang dipadang yang sama diadakan perlawanan antara Ara Utama FC dan F3FC.



PADANG AWAM PAYA JARAS TENGAH
Jam 3.30 petang perlawanan antara Pendamai Putra FC dan Taman Industri FC, dibawah matahari yang terik perlawanan ini begitu senget sekali dilihat sehingga penjaga gol utama Pendamai Putra FC diusung keluar padang kerana kecederaan. Dalam waktu rehat pengurus pasukan Pendamai Putra FC telah memprotes terhadap pengadil atas kecederaan penjaga gol utama beliau dan menyatakan bahawa ingin menarik diri dari perlawanan hari ini. Pihak pengadil perlawanan cuba menenangkan pengurus Pendamai Putra FC namun pengurus pasukan Pendamai Putra tetap dengan keputusan beliau. Perlawanan ini hanya bermain separuh masa pertama sahaja. Keputusan selanjuknya akan diberituhu kelak oleh Jawatan Kuasa Pertandinggan. Dalam perlawanan kedua dipadang ini antara PJBB FC telah tewas kepada KS Ara Indah FC jam 5.00 petang.



PADANG AWAM PAYA JARAS HILIR.
Di Padang Awam Paya Jaras Hilir pula berlangsung perlawanan pertama KGFC dan BFC, dengan keputusan KGFC menewaskan BFC. Perlawanan kedua Carlina FC menentang KG Melayu SBFC, dengan berkesudahan seri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jangan salahgunakan kebebasan bersuara yang diberikan. Ulaslah dengan berhemah dan tidak menggunakan perkataan atau ayat yang boleh menyinggung perasaan kaum atau agama tertentu. PIHAK ADMIN AKAN MEMADAM MANA-MANA ULASAN YANG MENYINGGUNG PERASAAN MANA-MANA PIHAK. Berikan ulasan yang membina demi kemajuan dan pembangunan sukan bolasepak di kawasan kita ini. Harap bekerjasama.