Sabtu, 28 Januari 2012

RAJA GOL

PADANG RRI ‘D’
28 Januari, Piala F.A Liga Subang bermula dengan perlawanan pertama (Pusingan Pertama dalam Kumpulan ‘A’) antara 4B Paya Jaras FC menentang Pendamai Putra FC jam 3.30 petang. Separuh masa pertama ini Pendamai Putra FC bermain dengan 10 orang pemain.

Perlawanan seterusnya antara HYFAC FC menentang OTAI FC jam 5.00 patang, Piala F.A. Perlawanan ini amat sengit sekali dimana kemenangan pertama buat OTAI FC yang mana di dalam Liga OTAI FC telah kalah berturut-turut 4 perlawanan, sebaliknya perlawanan pertama OTAI FC dalam Piala F.A. ini telah membawa kemenangan pertama buat pasukan ini. Keputusan perlawanan ini amat memeranjatkan pada peminat-peminat Liga Subang. Barisan pemain-pemain lama OTAI FC membakar semangat baru pada barisan pemain baru. Sebelum perlawanan ini pihak Blog sempat menanyakan pada Pengurus OTAI FC, ada harapan kah pasukan OTAI memenangi perlawanan hari ini. Dengan tenang Pengurus pasukan OTAI menjawabnya, “kekalahan  berkemungkinan besar manakala kemenangan adalah satu bonus buat OTAI.” 4B Paya Jaras FC dan OTAI FC telah layak ke Pusingan Kedua Piala F.A.


PADANG AWAM PAYA JARAS TENGAH
Dimana jam 3.30 petang di Padang Awam Paya Jaras Tengah dilangsungkan perlawanan Liga, antara Subang Setia Senior FC menentang Sri Damansara Warriors FC. Dalam perlawanan ini pemain Subang Setia Senior FC yang memakai jersi bernombor 17 telah menunjukkan permainnan yang amat cemerlang dengan menjaringkan 4 gol, buat diri beliau dan  pasukan Subang Setia Senior FC. Boleh dikatakan bahawa beliau adalah Raja Gol pada keseluruhan perlawanan hari ini. Perlawanan seterusnya antara Subang Setia Junior FC menentang Ara Utama FC jam 5.00 petang.



PADANG AWAM PAYA JARAS HILIR.
Di Padang Awam Paya Jaras Hilir pula berlangsung perlawanan pertama PJ FC dan Puncak Ara FC, dengan keputusan PJ FC menewaskan Puncak Ara FC. Perlawanan kedua KS Ara Indah FC menentang CRT Team FC, dengan berkesudahan CRT Team  FC menang. Dalam perlawanan ini hampir-hampir tercetus pergaduhan. Namun kedua-dua belah pihak dapat menenangkan semua pemain-pemain.




21 ulasan:

  1. sila 'ban' pemain ks ara indah yg mencetus pergaduahan dan mencederakan pemain CRT setelah dikenakan kad merah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. suka2 kau je nak suruh 'ban' pemain ks ara indah...biarlah jawatankuasa yg putuskan apa hukuman yg nak dikenakan...jgn nampak kesalahan pemain je...cara ref handle game pon kena tgk jugak...sory to say...tahun ni mutu pengadilan terlalu teruk...jawatankuasa harus lakukan sesuatu supaya Liga Subang tidak tercemar dgn perkara2 yg tak diingini....

      sekian terima kasih....

      majulah sukan untuk Subang

      BN pilihan orang muda

      Padam
    2. Tapi pemain macam ni memang patut di 'ban'. Kalau x leh nak control perasaan jgn main bola... Duk luar padang jadi pon pon boy..

      Padam
    3. rsanya y kate mutu pengadilan teruk nie msti pemain ksai y xleh kontrol emosi mcm pon pon boy nie.. :D:D.. ban je org men mcm nie..

      majulah sukan utk Subang..

      Padam
  2. Betul,sy sokong pandangan saudara di atas...mutu pengadilan tahun ini agak kurang...sy harap pihak peganjur @ YB dpt lh duduk semeja dan Pihak pengandil mebincangkan HAL PENGANDILAN......

    BalasPadam
  3. Assalammualaikum...morning2...
    KSAI.itu hari cakap power kn tgk ape dh jd.kalah ngan CRT team cakap besar kn ni la padah nye..langkali main dlu baru tahu cam mne ni tidak main hentam je cakap team baik la itu la poyo je lebih.bila dh kalah nk salah kn ref ape ni kena la terima kekalahan tu.jgn cakap ref xbetul team anda tu tgk cam mne main.ego la lagi cakap BESAR lagi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. bkn takat ckp besar je, tp xpndi kwl emosi.. bajet gengster.. ptt ban je pemain ksai nie..

      Padam
  4. Assalamualaikum... KSAI sepatutnya main bola bukan bermain dengan emosi panas. Saya rasa terkilan dengan sikap pemain KSAI yang berkasar dengan pemain CRT dengan memijak dan menghantuk kepala pemain CRT sewaktu pengadil memberhentikan perlawanan. macam ni ke cara bermain bola. Biarlah ada semangat kesukanan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. sokong 100 peratus.. ptt ban je trus..

      Padam
  5. biaselah liga subang...

    BalasPadam
  6. cam na tak main kasar kalu budak-2 tu main kasar pengadil tak nampak.ksai tak salah kan crt tetapi pengadil kalau da berat sebelah camni la jadinya.ksai kena belasah dlm kotak gol pun pengadil 50 50 nak bagi cam na cita lu pikirla sendiri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sokong utk ban pemain ks ara indah sbb xpndai nak kwl emosi.. baek g main pon pon girl je.. xpon men pondok2.. klu nak tunjuk gengster pon xyah la dlm pdang..

      xyah pk pikirla.. ban je trus.. xprofessional men mcm 2.. mcm bdk kmpg men bola.. opss, mcm men pondok2..

      Padam
  7. Mohon pihak jkuasa ptndgan kenakn tindakn tegas kpd team KSAI...sikap keterlaluan pemain dlm pdg thdp pemain crt hingga bwa kecederaan amat memalukn..bkn itu shj pemain ksai ini selalu shj serang pengadil kalau x.puas hati ngan keputusan...hrp pengalaman lepas yg pernah di kenakn pd team p.jaras barat akn d kenakn pd team ksai ni..semoga lepas ni akn menjadi teladan ..ambil cth p.jaras barat dr team ganas,lepas kena gantung bila d beri.keampunan dah jd team pilihan sukaramai...hidup PJB...nantikn kami di pdg hilir vs ara utama..total football!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe....i love PJB, total football ok....

      from: players Ara Utama

      Padam
  8. Aku bukan pyokong mana2 team......CRT pun aku tgk suka cari pasal jg.....jgn lh salah kan 1 pihak je....klau nk siasat,siasat kes ni betul2,jgn ingat team ni di terajui oleh en ramli team dia kebal.......pada team KSAI,sila lh htr laporan bertulis pd pganjur.....biar pganjur mnilaikan punca kjadian tu.....kalau x ada mulut @ kelakuan nakal xaakan jd hal.....sy harap PIHAK YB pandang serius hal ini.jgn disebabkan Kes ini,liga subang dilihat tidak bermutu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sokong siasat siasat....tapi dulu paya jaras barat gantung satu team sebab pengurus dia

      Ini pemain berkelakuan ganas...juga x boleh dimaafkan...band jer pemain nie dr bertanding dan menjadi pengajaran kepada semua...

      Ini lah pepatah berkata...
      Kerna Mulut badan binasa...

      Wahai pengadil semua...kali bagi tegas tahap maximum kepada semua kelakuan ganas nie...
      bagi jer kad merah...simpan jer kad kuning tu kad umah..baru tahu semua pemain nie..kena duduk kat umah...hahahah

      Padam
    2. setuju bangat dgn kamu nie...

      tapi kena guna gak kad kuning tu...
      kalau semua kad merah nanti tak der yang boleh main...semua pun pemain kaki bangku...oppps...terlepas ya... mintak ampun...

      wasit wasit semua.. jgn bagi can pd inie semua pemain...salah sikit jer bagi saja kad tu...baik ya wasit...

      Padam
  9. korang ni thu bergaduh aje la...main hampehhhhhh

    cr 7

    BalasPadam
  10. opps....suka2 je mau ban team org lain..ko dngki k ape...yg korg ni mcm good2 je tlis ni apesal..korg ni org atsan k ape...tau kne byar ni...nak surh "ban"2 ni,,

    BalasPadam
  11. X guna bg komen dlm blog jer...saya cadangkn apa2 x puas hati dlm permainan adalah lebih baik kemukakan melalui surat,bkn main hentam2 dm blog ni..be profesional ler..dah masuk tahun ke tiga liga subang ni..camondd!!!

    BalasPadam

Jangan salahgunakan kebebasan bersuara yang diberikan. Ulaslah dengan berhemah dan tidak menggunakan perkataan atau ayat yang boleh menyinggung perasaan kaum atau agama tertentu. PIHAK ADMIN AKAN MEMADAM MANA-MANA ULASAN YANG MENYINGGUNG PERASAAN MANA-MANA PIHAK. Berikan ulasan yang membina demi kemajuan dan pembangunan sukan bolasepak di kawasan kita ini. Harap bekerjasama.