SUBANG, 11 Februari, PJFC telah menunjukkan bahawa kritikan-kritikan yang telah diberi dalam Blog ini sebagai satu pembakar semangat untuk meraka menewaskan 4B Paya Jaras FC dalam perlawanan Piala F.A. Liga Subang pusingan kedua ini untuk mara ke pusingan ketiga.
Dua perlawanan Piala F.A. dijalankan di Padang RRI ‘D’ iaitu PJFC menentang 4B Paya Jaras dan PJBB FC menentang Sri Indah (PBSB) FC.
Walaupun cuaca begitu panas sekali pada petang ini semangat anak-anak muda PJFC membuak-buak untuk memburu kemenanggan. PJFC juga boleh dikatakan “bayangan Pasukan Pelita Jaya” bagi Subang.
Dipadang Awam Paya Jaras Hilir pula perlawanan Liga antara KGFC menentang Uptown Spider FC, dimana KGFC telah menewaskan Uptown Spider dengan besar jaringan 5-2. Perlawanan kedua antara Matang Pagar FC menentang Padang Kota FC di padang ini tidak dijalankan kerana pasukan Matang Pagar FC tidak Hadir, pihak jawatan kuasa pertandingan akan memutuskan perlawanan ini kelak.
Disebalik cuaca panas dipadang RRI, mana kala di Padang Awam Paya Jaras Tengah pula hujan semasa perlawanan kedua KBS Pemuda Subang menentang OTAI FC dipadang ini. Perlawanan pertama dipadang ini antara Sri Indah ‘A’ menentang Kota Damansara FC.
Buat pertama kali OTAI FC mendapat mata penuh dalam Liga Subang setelah menewaskan KBS Pemuda Subang FC. Sebelum ini OTAI telah tewas berturut-turut, mungkin juga kemenangan mereka di Piala F.A.yang membolehkan mereka kepusingan ketiga membuat OTAI lebih bersemangat.
laukkkkk KBS huhuhu,,
BalasPadam