Isnin, 6 Februari 2012

KAD AMARAN


Carlina FC vs Padang Kota FC "Piala FA" 

SUBANG, 5 Februari, empat perlawanan Piala F.A dijalankan dan dua perlawana Liga. Piala F.A dijalankan di Padang RRI ‘D’ dan Padang Awam Paya Jaras Hilir manakala Liga pula dijalankan di Padang Awam Paya Jaras Tengah.

Perlawanan Carlina FC vs Padang Kota FC dan ILMAR FC vs M-PAYA FC dijalankan di Padang RRI ‘D’, Padang Awam Paya Jaras Hilir perlawanan antara Ara Utama FC vs Paya Jaras Barat FC, Puncak Ara FC vs F3FC. Di pPadang Awam Paya Jaras Tengah dijalakan perlawanan Liga, Kota Damansara FC vs Savillage FC, dan Unice FC vs Pendamai Putra FC.

Ara Utama FC vs Paya Jaras Barat FC "Piala FA"
Dalam perlawanan pada hari ini terdapat perlawanan yang amat bersih sekali iaitu perlawanan Liga antara Kota Damansara FC vs Savillage FC, tiada sebarang Kad Amaran” di keluarkan oleh pengadil perlawanan. Malah pengurus kedua-dua pasukan berdiri bersama-sama ditepi padang untuk memberi semangat pada pemain-pemain. Kedua-dua belah pasukan juga telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi.


Kota Damansara FC vs Savillage FC "Liga"
Sikap sebeginilah yang perlu kita pupuk didalam Liga Subang. Tidak juga dikatakan mana-mana pasukan yang bertanding itu menerima Kad Amaran tiada semangat kesukanan namun kita perlu menanam semangat setiakawan dalam perlawanan. Kita semua perlu mencontohi pasukan ini.

Bagi kedua-dua belah pasukan ini telah menunjukkan bahawa kalah menang adalah adat pertandinggan, walau pun Kota Damansara FC telah menewaskan Savillage FC sikap pemain-pemain mengambarkan matlamat Liga Subang tercapai iaitu menjalinkan silatulrahim antara pemain-pemain dan pemuda-pemuda dikawasan Subang.


Pengadil perlawanan antara
Kota Damansara FC vs Savillage FC


Note: Pihak Blog Memohon maaf atas kesilapan yang terjadi, dan pihak Blog mengucapkan terima kasih pada teguran yang di beri.


1 ulasan:

  1. Terdapat satu teknikal yang telah terjadi dalam ulasan tersebut.. Kota Damansara FC yang telah menewaskan Savillage FC..

    BalasPadam

Jangan salahgunakan kebebasan bersuara yang diberikan. Ulaslah dengan berhemah dan tidak menggunakan perkataan atau ayat yang boleh menyinggung perasaan kaum atau agama tertentu. PIHAK ADMIN AKAN MEMADAM MANA-MANA ULASAN YANG MENYINGGUNG PERASAAN MANA-MANA PIHAK. Berikan ulasan yang membina demi kemajuan dan pembangunan sukan bolasepak di kawasan kita ini. Harap bekerjasama.