Isnin, 20 Februari 2012

SUDAH JATUH DITIMPA TANGGA

SUBANG, 19 Februari, Padang RRI menyaksikan dua perlawana Piala F.A. hari ini iaitu perlawanan antara KG Melayu SBFC vs Paya Jaras Barat FC yang mana KG Melayu SBFC telah layak ke pusingan suku akhir Piala F.A. mana kala OTAI FC vs KG FC dimana KG FC telah mengikut langkah KG Melayu ke suku akhir juga.

KG Melayu SBFC vs Paya Jaras Barat FC Piala F.A.

Malang bagi pasukan OTAI FC “sudah jatuh ditimpa tangga”, telah tewas untuk melayakkan diri ke suku akhir Piala F.A. dan pihak Blog diberitahu bahawa dua orang permain OTAI telah kehilangan dompet dan telefon bimbit. Pihak Blog amat bersimpati pada pemain OTAI tersebut.

Empat perlawanan Liga dijalankan di Paya Jaras, Padang Awam Paya Jaras Tengah dan Hilir. Sri Indah PBSB vs New FC dan Merbau Sempak FC vs Pendamai Putra FC bermain di Padang Awam Paya Jaras Tengah.

Kegembiraan pemain New FC selepas gol kemenangan
menentang Sri Indah PBSB

Perlawanan antara Sri Indah PBSB menentang New FC amat senget sekali, kedua-dua pasukan bermain dengan penuh semangat sehingga hampir beberapa minit masa tamat perlawanan masih berkedudukan seri. Namun New FC berjaya menjaringkan gol kemenangan di waktu lima minit terakhir.

KS Ara Indah FC vs ILMAR FC Piala Liga

Perlawanan di Padang Awam Paya Jaras Hilir pula antara BFC vs M-Paya FC dan KS Ara Inda FC vs ILMAR FC. KSAI telah mencatat rekot Liga Subang pada hari ini dimana pasukan ini telah membuat tiga gol dalam masa empat minit permulaan perlawanan. Agak memeranjatkan juga, kerana tidak ada lagi mama-mana pasukan dalam Liga Subang ini dapat berbuat sebegini pantas jaringan..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jangan salahgunakan kebebasan bersuara yang diberikan. Ulaslah dengan berhemah dan tidak menggunakan perkataan atau ayat yang boleh menyinggung perasaan kaum atau agama tertentu. PIHAK ADMIN AKAN MEMADAM MANA-MANA ULASAN YANG MENYINGGUNG PERASAAN MANA-MANA PIHAK. Berikan ulasan yang membina demi kemajuan dan pembangunan sukan bolasepak di kawasan kita ini. Harap bekerjasama.