SUBANG, 10 MAC, perlawanan terakhir bagi Piala F.A. Pusingan Suku Akhir di Padang RRI’D’ pada hari ini antara KG Melayu SBFC menentang PJBB FC, dimana PJBB telah menewaskan KG Melayu SBFC dengan 2-0 dengan itu PJBB melayakkan diri kepusingan Separuh Akhir Piala F.A. Liga Subang.
Perlawanan Piala FA pusingan suku akhir antara KG Melayu SBFC menentang PJBB FC |
KG Melayu SBFC pada separuh masa pertama banyak menyerang pada gawang gol PJBB, namun PJBB mampu bertahan sahaja masuk ke separuh masa kedua PJBB telah membuat serangan bertubi-tubi sehingga dapat membolosi dua jaringan ke gawang gol KG Melayu SBFC.
Pemain KG Melayu SBFC bersama Pengurus Pasukan PJBB |
Hari ini juga telah dijalankan lima perlawanan Liga. Keputusan perlawana Liga pada hari ini amat memeranjatkan.
4B Paya Jaras seri dengan Sri Damansara Warriors, 0-0.
Subang City FC menewaskan Sri Indah ‘A’, 2-1.
Paya Jaras Barat menewaskan KS Ara Indah, 3-1.
Savillage FC menewaskan KGFC, 1-0.
CRT Team seri dengan Carlina, 0-0.
Yang amat memeranjatkan Sri Indah ‘A’ telah tewas ditangan Subang City . Dimana perlawanan KGFC yang tewas pada hari ini seperti “BADI” kekalahan di pusingan suku akhir Piala F.A. minggu lepas mengekori mereka. Namun semangat pemain-pemain KGFC sangat tinggi hari ini.
Carlina FC hampir berjaya untuk menebus kekalahan beliau di pusingan suku akhir Piala F.A. minggu lepas dengan CRT Team. Jelas sekali tergambar diwajah pemain-pemain Carlina hari berpuashati walaupun tidak dapat menewaskan CRT Team, ini adalah cukup besar pada mereka untuk menaikkan semangat dalam perlawanan Liga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jangan salahgunakan kebebasan bersuara yang diberikan. Ulaslah dengan berhemah dan tidak menggunakan perkataan atau ayat yang boleh menyinggung perasaan kaum atau agama tertentu. PIHAK ADMIN AKAN MEMADAM MANA-MANA ULASAN YANG MENYINGGUNG PERASAAN MANA-MANA PIHAK. Berikan ulasan yang membina demi kemajuan dan pembangunan sukan bolasepak di kawasan kita ini. Harap bekerjasama.