Peraturan



FASAL 14 : JADUAL PERLAWANAN

14.1         Jadual perlawanan bagi setiap Bahagian akan diatur oleh Jawatankuasa pertandingan dan kelab/pasukan akan dimaklumkan sekurang-kurangnya 7 hari sebelum perlawanan dijadualkan untuk bermula. Jawatankuasa Pertandingan mempunyai hak untuk mengubah tarikh dan tempat perlawanan mengikut budi bicaranya.

14.2         Mana-mana Kelab yang tidak bermain dalam sebarang perlawanan pada tarikh dan waktu yang ditetapkan tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada Jawatankuasa Pertandingan akan dianggap sebagai bersalah kerana salah laku yang serius, dan Kelab tersebut akan dikenakan tindakan tatatertib.

14.3         Kelab yang tidak hadir untuk bermain dalam perlawanan yang telah ditetapkan tarikhnya dengan alasan bahawa mereka tidak menerima jadual perlawanan akan dianggap sebagai tidak hadir untuk perlawanan itu mengikut Peraturan 14.2, dan sebarang penjelasan tidak akan diterima. Adalah menjadi tanggungjawab Kelab untuk menyemak jadual perlawanan dengan Setiausaha Pertandingan.

14.3.1      Kelab perlu menyemak jadual perlawanan dengan Persatuan tiga (3) hari sebelum perlawanan.

FASAL 15 : PENUNDAAN PERLAWANAN

Permohonan penundaan perlawanan tidak akan dilayan.

25 ulasan:

  1. nak tanya liga super main jam brp & brp minit..bkn apa aku tgk jam 5.15 pun pengadil belum tiup wisel& 30 mnt dah tiup wisel penamat..ref kira nak senang jer camni mana boleh.tegas ler sikit..

    BalasPadam
    Balasan
    1. permainan bermula jam 5 ptg, maknanya kul 5 dah sepak mula, tapi kalau 515pm pun baru nak terhegeh2 nak warm up & nak masuk padang memang la ref tu bagi main 30 minit je, bukannya kul 5tu baru nak bagi start list, pukul lima dah siap semua dan ready to play je bro... lu ni memang x tau jangka masa permainan utk tahun ni ke? tahun ni semua games main 35 minit setiap half, tu nasib baik bagi main juga 30 minit walaupun team lambat, kalau di walk overkan macam mana bro? bagi main lama2 mcm tahun lepas korng juga yang penatlah, tak cukup nafas lah, x fit buat cara tak fit la bro, main je, bagi main lama-lama pun mental lu pecah! pas tu mulalah semua org salah & semua tak betul....aduhai...

      Padam
  2. xkn 1 peratuan je..??? ltk sume peraturan...baru sng...hehehe

    BalasPadam
  3. udah 3 musim takkan tak tahu liga super start kul berapo... lawak botol...

    BalasPadam
  4. faham-faham la yop bebudak kite ni... nak main kul 5.. kul 5 baru nak pakai stokin... kira ok la dpt referee yg boleh tolak ansur... kalo referee nak tegas alamat banyak la game walk - over... sia - sia la YB bayar duit padang yop...Tahniah PakYah and the gang...

    BalasPadam
  5. jawatan kuasa pertandingan tolong la sgt2 tetap kn pendirian pada peraturan ke 14 ni.....jgn la tunduk kt mane2 pasukan dgn alasan yg tak munasabah langsung..player kerja la...player belajar la..player balik kampung la...kalau mcm tu smp next year pn liga ni tak habis...perubahan jadual dah di hebah kn , jd pham2 la cri player tok game....

    BalasPadam
  6. klu pihak penganjur update last minit pukul 8 pagi hari sabtu, tetibe hari tu team aku ada game ape cer..?? sepatutnye pihak penganjur kene update seminggu lebih awal.. nampak sangat orang atas ni xde otak... ape laa...

    BalasPadam
  7. saya harap penganjur perlu menyedia bola rasmi untuk liga subang ini kerane banyak yg bola dia main kan bukan stander yg cukup. .harap dipercepat kan..

    BalasPadam
  8. Saya nak tanya, kenapa pernyertaan liga subang team dari PAYA JARAS paling banyak menyertai..? contoh PJBB, Paya Jaras Barat, Hyfac, Otai FC, PJFC, 4B Paya Jaras FC, M-Paya, New FC, BFC dlll.

    Kalau saya nak tubuhkan satu team dari gabungan player2 yg berlainan tempat tinggal boleh x..? adil bukan...??

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau x silap saya lah. liga ni dulu mmg khas utk penduduk paya jaras. Dato kan adun paya jaras. beliau wujudkan lh liga ni. dgn adanya liga ni penduduk boleh lh ada aktiviti sihat ptg2. erat silaturahhim antara semua. belia2 jd lebih kenal dan rapat. lama2 permintaan team luar utk join tinggi. Dato approve jelah sbb perkembangan positif. yg tk sedapnya sejak kebelakangan ni ramai pulak yg pertikaikan kenapa padang2 paya jaras je digunakan lah. kenapa team paya jaras banyak penyertaan lah. berharap semua dapat bersukan dgn lebih positif. main bola utk cari kawan. bukan bermusuh musuhan. kalau saya silap tolong maaf dan betulkan. terima kasih.

      p/s : x semua player dari team2 paya jaras asal yg sama. bnyk jugk dr luar :)

      Padam
    2. saudara yg nk tubuhkan team gabungan tu buat lah,asalkan mereka beralamat di parlimen subang....team kota damansara pun byk jg....sia,pjbb,subang city,crt,subang setia J N S,taman industri,padang kota,so jgn lah kata team paya jaras je banyak.....nk tulis tu kaji lah dulu.jgn pandai tulis je bro....

      Padam
    3. Owh.., terima kasih atas komen anda, kalau macam tu, untuk tahun depan, saya berhajat nak tubuhkan team baru, campuran pelbagai tempat. InsyaALLAH. (^_^)

      Padam
  9. bro........team otai pun ramai player gabungan jg,ada player duduk kota damansara,duduk sri damansara,duduk damansara damai.....

    BalasPadam
  10. di sana menanti,di sini menungguJumaat, Februari 10, 2012 10:12:00 PTG

    Tunggu team dr paya jaras jadi JOHAN...

    BalasPadam
  11. Team dari paya jaras @ team dari DUN paya jaras..???

    BalasPadam
  12. Saya nak bertanya, untuk season 2012/2013 nanti, boleh x LIGA SUPER A & B digabungkan menjadi LIGA SUPER sahaja dan LIGA PERDANA A & B jadi LIGA PERDANA sahaja? 3 team tercorot untuk LIGA SUPER automatik turun LIGA PERDANA dan 3 Team teratas LIGA PERDANA automatik naik LIGA SUPER.

    BalasPadam
    Balasan
    1. bang...lu kuar la bajet separuh bg kat YB...mesti bole punya...kalau setakat cakap ngan air liur je...lupakan la ye...jangan marah bang... :)

      Padam
    2. Ok2, dtg umah sy amik cek ye... sy bg 10k.. klu xcukup bgtau... hahahaha...

      Padam
  13. 3 xcukup, patut kene 4 team, baru la best~~

    BalasPadam
  14. SALAM 1MALAYSIA, SALAM ANAK PARLIMEN SUBANG..
    SEKADAR BERKONGSI PENDAPAT. SAYA SEBAGAI PENONTON DI PAYAJARAS HILIR PADA HARI SABTU LEPAS (14/4/2012).
    MELIHAT PERLAWANAN PASUKAN JERSI OREN DAN HITAM. DAN AMAT DUKACITANYA SAYA MELIHAT KUALITI PENGADIL PADA PERLAWANAN ITU AMAT TERUK. CORAK PERMAINAN AMAT KASAR DAN TIDAK ADA SEBARANG KAD DIKELUARKAN DAN PENGADIL HANYA BERADA DITENGAH PADANG SAHAJA. INI KE KUALITI PENGADIL DITUNJUKKAN. APE YANG SAYA PERASAN PEGAWAI PERUBATAN YANG KENA KAD MARAH MUNGKIN TIDAK PUAS HATI DENGAN KREDIBILTI PENGADIL ITU. SAYA HARAP PADA PIHAK PENGURUSAN TOLONG PERHATIKAN PENGADIL YANG DIPANGGIL MENGADILI PERLAWANAN LIGA SUBANG INI JIKA INGIN LIGA SUBANG INI DIMARTABATKAN NAMANYA DILUAR DARI PARLIMEN SUBANG...ASSALAMUALAIKUM..

    BalasPadam
    Balasan
    1. bro...soal pengadil 2 xpyh nk ckp2 lg bro..dr mule2 game sampai lah dh abis liga..same je..tindakan ape yg diorg amek...?? xde pun kn..so kite senyap2 jela..pengadil taraf kg mmg cmtu..so kite kene lah byr pengadil taraf international..btl x..baru puas ati..

      dh ade liga nie pun kire cukup..penuh aktiviti ujg mggu...

      Padam
    2. tp berpada-pada la nak cari referee tu....ni macam tangkap muat je asal blh tiup wisel...camne nk nek kn name liga subang ni...kadang-kadang referee ni juga la yg buat player bergaduh sbb xpandai kawal game...

      Padam
  15. SALAM RAKYAT SATU MALAYSIA.......KEJAP2.... SEKARANG NIE YANG MENGADILI SETIAP PERLAWANAN PENGADIL KE PENONTON???.... KALAU DI IKUT KAN
    TARAF PENGADIL IA MEMPUNYAI LESEN KAN.... SO TAK PERLU LAH KITA NAK PERTIKAI KAN JASA BAIK REF DI SETIAP PERLAWANAN .. MEREKA MENJALAN KAN TUGAS MEREKA DENGAN BEGITU BAIK... SEPERTI MANA YANG AWAK KATA.. KALAU MACM ITU AWAK PERGI DAFTAR DAN AMBIL LESEN SEBAGAI REF... BILA AWAK DAH JADI REF , DEKAT SITU AWAK TAU BETAPA PAYAH NYA NAK HANDLE SETIAP PERLAWANAN.....
    BAGI LAH PANDANGAN YANG POSITIF SIKIT DAN JANGAN LAH NAK JATUH KAN ANTARA SATU SAMA LAIN.....KITA KAN SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA ...
    PUPUK LAH SEMANGAT KERJESAMA DAN HORMAT - MENGHORMATI.... SAYA PON LIHAT JUGAK PERLAWANAN TERSEBUT.....TAPI BAGI SAYA TIADA SEBARANG MASALAH YANG BESAR .. I2 ADALAH STANDARD PERLAWANAN BOLA SEPAK.....PERGADUHAN DATANG NYA DARIPADA MASALAH SAIKO ... JIKA TIADA SAIKO PENONTON TAK KAN JADI PERGADUHAN NYA..... JANGAN SALAH KAN REF SERATUS PERATUS .... KLAU TAK CUKUP DAYA MENTAL LEBIH BAIK AWAK TAK PAYAH MAIN BOLA LEBIH BAIK AWAK MAIN MASAK2 JER... ITU NASIHAT SAYA....
    AWAK INGAT DALAM BERJUTA2 RAKYAT MALAYSIA YANG ADA SEMUA NAK JADI REF KER???
    SETIAP UNDANG - UNDANG PERLAWANAN BOLA SEPAK BUKAN TERLETAK DI TANGAN PEMAIN TAPI IA TERLETAK DI TANGAN PENGADIL....I2 LAH BERGUNA NYA PENGADIL DALAM PERTANDINGAN...JANGAN BILA DAH KALAH SALAH KAN REEF , SALAH KAN BOLA LAH...... I2 LAH YANG TAK PATUT ADA PADA SETIAP PEMAIN.... KALAH MENANG 2 KAN ADAT SETIAP PERLAWANAN....YANG KALAH JADI KAN PENGALAMAN DAN PENGAJARAN UNTUK TERUSKAN USAHA DAN YANG MENANG TERUSKAN PERJUANGAN.... DAN AWAK BAYANGKAN ... DALAM PADANG ADA 22 PEMAIN ... REF CUMA ADA 3 ORANG SAHAJA KAN... YANG DUA BERTUGAS SEGAI PENJAGA GARISAN DAN YANG SATU LAGI BERADA DI DALAM PADANG... APABILA BERBUNYI SAHAJA WISEL , I2 BERMAKNA TANGGUNG JAWAB YANG DI PIKUL OLEH PENGADIL ADALAH BESAR YANG TIDAK TAHU ERTI NYA PENAT BUKAN TANGGUNG JAWAB PENONTON... APABILA IA MENGADILI PERLAWANAN YANG MEMPUNYAI 22 ORANG PEMAIN DIDALAM PADANG......CUBA AWAK BAYANG KAN AWAK ADLAH REF TERSEBUT??????

    BalasPadam
  16. MAJU LAH SUKAN UNTUK NEGARA

    BalasPadam
  17. Terima Kasih Bro,

    Saya dulu pun pemain gak tapi kini sy baru dah jadi pengadil.
    Sewaktu saya main dulu memang saya marah kan ref bila dia bagi kad sebab saya teckel pemain lain.

    TETAPI bila saya jadi ref baru saya tahu pengadil itu betul. Dalam khursus dia bagi tahu macam mana nak tahu pemain tu bermain bola ker tidak.

    Semua pemain akan cakap dia betul, tak ada pemain yang akan kata di tak betul.
    Terajang orang pun betul? Sepak orang pun betul?
    AYAT YANG SENTIASA DIDENGAR
    "" REF BOLA REF""
    "" BOLA REF ""
    '' AMBIL BOLA REF ""

    Pemain tak akan mengaku yang dia ada niat menebas pemain tu atau cuba menjatuhkan pemain tu.

    Bila REF TAK BAGI KAD, ref tak bagus?
    Bila REF BAGI KAD, ref tak bagus gak?

    Mana satu yang player nak.


    Kalau nak difikirkan lah.. nak layan 22 org pemain didalam satu perlawanan. siapa yang sanggup.
    ada 22 kerenah dalam padang.

    Saya jarang buat game sebab nie lah. bagai mana kita cuba menjalankan tugas kita...

    REF TETEP SALAH.
    REF BERAT SEBELAH.

    Harap pemain liga subang .. renung renungkan lah bersama.

    SALAM SATU MALAYSIA.

    SY ADA BUAT SEKALI JER LIGA SUBANG NIE...ITUPUN TOLONG GANTI ORG...
    SUSAH NAK PUASKAN PEMAIN LIGA SUBANG NIE!!!!!!!!!!!!!!

    BalasPadam

Jangan salahgunakan kebebasan bersuara yang diberikan. Ulaslah dengan berhemah dan tidak menggunakan perkataan atau ayat yang boleh menyinggung perasaan kaum atau agama tertentu. PIHAK ADMIN AKAN MEMADAM MANA-MANA ULASAN YANG MENYINGGUNG PERASAAN MANA-MANA PIHAK. Berikan ulasan yang membina demi kemajuan dan pembangunan sukan bolasepak di kawasan kita ini. Harap bekerjasama.