Isnin, 19 Mac 2012

ANAK-ANAK KAMPUNG

SUBANG, 18 MAC, Berakhir hari ini perlawanan Separuh Akhir Piala F.A. Liga Subang bagi musim ketiga ini, yang mana PJBB FC akan menentang PJFC pada Perlawanan  Akhir Piala F.A. Liga Subang musim ketiga ini.

Buat pertama kalinya mencatat sejarah dalam tiga musim Liga Subang ini, perlawanan Separuh Akhir Piala F.A. Liga Subang dipenuhi oleh penonton dan juga penyokong pasukan yang bertanding. Dianggarkan seramai 300 orang yang hadir pada perlawanan separuh akhir ini.

Sebahagian penonton dan penyokong yang hadir
Dan juga julong-julong kali kita melihat pasukan yang baru masuk ke Liga Subang ini berjaya ke peringkat akhir. Ini menunjukkan Liga Subang telah berjaya memberi ruang kepada semua anak-anak muda di dalam Parlimen Subang menunjukkan kebolehan dalam bidang sukan terutama sekali bolasepak.

PJFC menentang CRT Team FC dalam perlawanan
separuh akhir piala FA
PJFC adalah satu-satunya pasukan anak-anak kampung Paya Jaras yang berjaya menaikkan nama di dalam Piala F.A. Liga Subang musim ini. Seharusnya kita tidak boleh memandang Liga ini sebagai Liga kampung. Sudah terbukti bahawa perlawanan separuh akhir Piala F.A. Liga Subang hari ini begitu meriah sekali.

YB Dato Ir. Muhammad Bushro Mat Johor turut turun padang
menyaksikan perlawana separuh akhir piala FA
Begitu semangat anak-anak kampung ini bermain walaupun dalam keadaan kekurangan seorang pemain yang telah menerima Kad merah. Pada separuh masa pertama PJFC telah menjaringkan satu gol sehingga tamat separuh masa pertama, mana kala separuh masa kedua CRT Team cuba membuat serangan bertubi-tubi namun PJFC mampu mempertahankan gawang gol mereka.

Si kecil penyokong setia CRT Team
Walau pun CRT Team telah ditewaskan oleh PJFC hari ini, namun semangat kesukanan yang kuat telah ditunjukkan oleh pasukan CRT Team.

Dimana lima perlawanan Piala Liga dijalankan juga hari ini. Dalam perlawana Liga pula dua perlawanan telah “walkover” menang tampa bertanding, ini menunjukkan satu gambaran yang tidak begitu sihat bagi Liga Subang Musim ini. Pihak Jawatankuasa Liga Subang bagi musim ketiga ini perlu mengambil satu tindakan yang serius bagi pasukan-pasukan yang tidak hadir pada setiap perlawanan.

Paya Jaras Barat tewas dengan ILMAR, 0-1.
Uptown Spider “W/O Tidak Hadir” kemenangan kepada New FC
Subang Setia Junior “W/O Tidak Hadir” kemenangan kepada SIA
Merbau Sempak menewaskan 4B Paya Jaras, 3-0.
Ara Utama menewaskan Bamboo River, 4-1.




Ahad, 18 Mac 2012

TIDAK SEMUDAH YANG DISANGKAKAN

SUBANG, 17 MAC, Piala F.A. peringkat suku akhir perlawanan pertama antara Subang City FC menentang PJBB FC pada hari ini, PJBB telah menewaskan Subang City 1-0 dan layak ke pusingan akhir. Walau bagaimana pun tahniah pada Subang City yang hanya mampu ke suku akhir sahaja.

Ada kah PJBB akan merampas kejuaraan Piala F.A. Liga Subang ini atau mampu mempertahankan kedudukan ditangga kedua lagi? Ini semua terletak diatas tangan pemain-pemain PJBB sendiri.
SEPARUH AKHIR


AKHIR





A
PJFC








18 MAC 2012
RRI ‘D’


-


JUARA

NAIB JUARA
B
CRT TEAM FC

















C
SUBANG CITY FC
0




SUBANG CITY FC


17 MAC 2012
RRI ‘D’


PJBB FC


LAYAK S. AKHIR

LAYAK S. AKHIR
D
PJBB FC
1








Dari Carta Piala F.A ini menunjukkan PJBB tidak semudah yang disangkakan laluan untuk menjuarai Piala F.A Liga Subang buat kali ini.

Lima perlawanan Piala Liga pada hari ini juga dijalankan. Satu perlawanan Liga hari ini dengan keputusan menang tampa bertanding.

Taman Industri seri dengan Puncak Ara, 1-1.
Sri Damansara Warriors menewaskan Pendamai Putra, 3-1.
OTAI [W/O Tidak Hadir] kemenangan diberi kepada Gajah Perdana, 0-3.
Sri Indah 'A' menewaskan M-PAYA, 2-0.
KBS Pemuda Subang telah ditewaskan oleh HYFAC, 1-3.

Ahad, 11 Mac 2012

SEMAKIN GARANG

SUBANG, 11 MAC,  hari ini menyaksikan enam perlawanan Liga. Di Padang RRI ‘D’ dua perlawanan, Padang Awam Paya Jaras Tengah dua perlawanan dan Padang Awam Paya Jaras Hilir juga dua perlawanan.
Pemain Subang Setia Senior FC tercedera
diwaktu hampir tamat perlawanan.
M-PAYA FC menewaskan Kota Damansara FC, 1-0.
OTAI FC [W/O Tidak hadir] kemenangan diberi kepada Subang Setia Junior.
Union FC menewaskan Unice Ara FC, 2-0.
KBS Pemuda Subang tewas ditangan Ara Utama FC, 0-3.
Subang Setia Senior FC tewas ditangan PJFC, 0-3.
Gajah Perdana tewas ditangan SIA RRI FC, 0-4.
Gajah Perdana FC menentang SIA RRI FC
Gajah Perdana telah tewas begitu teruk ditangan SIA, “semakin garang” SIA dalam perlawan Liga walaupun SIA tidak dapat mempertahankan kejuaraan Piala F.A. pada musim ini. Pasukan SIA telah bangkit semula dalam Piala Super Liga Subang, walau bagaimana pun tergambar kekecewaan pasukan ini tidak dapat megekalkan Piala F.A yang telah ditewaskan pada pusingan kedua oleh satu pasukan yang baru (BFC) disenaraikan dalam Piala Perdana Liga Subang.
Pasukan Ara Utama FC,
"rehat" selepas separuh masa pertama perlawanan


Sabtu, 10 Mac 2012

SENARAI PASUKAN KE PUSINGAN SEPARUK AKHIR PIALA F.A. LIGA SUBANG

PIALA F.A. LIGA SUBANG SUDAH SAMPAI KE PUSINGAN SEPARUH AHKHIR, HANYA EMPAT PASUKAN YANG TELAH MELAYAKKAN DIRI KE PUSINGAN SEPARUH AKHIR INI. PERLAWANAN SEPARUH AKHIR INI AKAN DIADAKAN PADA 17 DAN 18 MAC 2012, BERTEMPAT DI PADANG RRI 'D'.

PIHAK PENGANJUR LIGA SUBANG BERHARAP PADA SEMUA PEMINAT-PEMINAT LIGA SUBANG TURUK KEPADANG UNTUK MEMBERI SOKONGAN PADA PASUKAN-PASUKAN YANG AKAN BERTANTING DI PERLAWANAN SEPARUH AKHIR PIALA F.A. LIGA SUBANG.

NAMA PASUKAN
DARI LIGA
TARIKH PERLAWANAN F.A.
KUMPULAN
PJ FC
VS
CRT TEAM FC
PERDANA-A

SUPER-A
18 MAC 2012
A

B
SUBANG CITY FC
VS
PJBB FC
PERDANA-B

SUPER-A
17 MAC 2012
C

D

"MAJULAH SUKAN ARENA BOLASEPAK UNTUK ANAK-ANAK SUBANG"



BADI


SUBANG, 10 MAC,  perlawanan terakhir bagi Piala F.A. Pusingan Suku Akhir di Padang RRI’D’ pada hari ini antara KG Melayu SBFC menentang PJBB FC, dimana PJBB telah menewaskan KG Melayu SBFC dengan 2-0 dengan itu PJBB melayakkan diri kepusingan Separuh Akhir Piala F.A. Liga Subang.
Perlawanan Piala FA pusingan suku akhir antara
KG Melayu SBFC menentang PJBB FC
KG Melayu SBFC pada separuh masa pertama banyak menyerang pada gawang gol PJBB, namun PJBB mampu bertahan sahaja masuk ke separuh masa kedua PJBB telah membuat serangan bertubi-tubi sehingga dapat membolosi dua jaringan ke gawang gol  KG Melayu SBFC.
Pemain KG Melayu SBFC bersama Pengurus Pasukan PJBB
Hari ini juga telah dijalankan lima perlawanan Liga. Keputusan perlawana Liga pada hari ini amat memeranjatkan.

4B Paya Jaras seri dengan Sri Damansara Warriors, 0-0.
Subang City FC menewaskan Sri Indah ‘A’, 2-1.
Paya Jaras Barat menewaskan KS Ara Indah, 3-1.
Savillage FC menewaskan KGFC, 1-0.
CRT Team seri dengan Carlina, 0-0.

Yang amat memeranjatkan Sri Indah ‘A’ telah tewas ditangan Subang City. Dimana perlawanan KGFC yang tewas pada hari ini seperti “BADI” kekalahan di pusingan suku akhir Piala F.A. minggu lepas mengekori mereka. Namun semangat pemain-pemain KGFC sangat tinggi hari ini.

Carlina FC hampir berjaya untuk menebus kekalahan beliau di pusingan suku akhir Piala F.A. minggu lepas dengan CRT Team. Jelas sekali tergambar diwajah pemain-pemain Carlina hari berpuashati walaupun tidak dapat menewaskan CRT Team, ini adalah cukup besar pada mereka untuk menaikkan semangat dalam perlawanan Liga.

Isnin, 5 Mac 2012

PENYOKONG CILIK

SUBANG, 04 MAC,  perlawanan Piala F.A. Liga Subang pusingan Suku Akhir pada hari ini menyaksikan dua perlawanan antara Carlina FC menentang CRT Team FC dan KGFC menentang PJFC di Padang RRI ‘D’. dalam perlawanan ini dua pasukan telah melayakkan diri ke pusingan Separuh Akhir Piala F.A. iaitu CRT Team dan PJFC.

Carlina FC menentang CRT Team FC Piala FA
CRT Team telah menang dengan jaringan gol yang besar menundukkan Carlina 5-0. mana kala PJFC menewaskan KGFC dengan jaringan 1-0.

Pemain-pemain Carlina FC
Penyokong CRT Team begitu semangat menyaksikan pasukan kesayangan mereka beraksi pada hari ini. Walaupun di bawah terik mentari penyokong CRT tidak berganjak memberi semangat pada pasukan CRT, termasuklah “penyokong cilik” dari CRT Team.

Penyokong CILIK CRT Team
Penyokong-penyokong CRT Team
Empat perlawana Liga juga dijalankan pada hiri ini. Dua di Padang Awam Paya Jaras Tengah Dan dua lagi di Padang Awam Paya Jaras Hilir. Dimana perlawana Gajah Perdana FC menentang Bamboo River FC, Gajah Perdana telah menang tampa bermain disebabkan Bamboo River tidah hadir dalam perlawanan ini.

Taman Industri menewaskan 4B Paya Jaras, 2-0.
Gajah Perdana menang tampa bertanding (W/O) dengan Bamboo River, 3-0.
Unice FC tewas dangan Sri Damansara Warriors, 0-1.
SIA RRI menewaskan HYFAC, 1-0.


Ahad, 4 Mac 2012

PERLAWANAN PERTAMA

SUBANG, 03 MAC, hari ini bermula pusingan Suku Akhir Piala F.A. Liga Subang. "Perlawanan pertama" antara Subang City FC menentang Uptown Spider FC, dimana Subang City pasukan pertama telah melayakkan diri ke pusingan Separuh Akhir Piala F.A ini setelah menewaskan Uptown Spider dengan jaringan 1-0.

Perlawanan Piala F.A. ini telah dijalankan di Padang RRI 'D' jam 3.30pm. Hanya  satu perlawanan Piala F.A. dijalankan dan lima perlawanan Piala Liga.

KS Ara Indah FC tewas dengan Matang Pagar FC, 0-1.
Puncak Ara FC menang menentang Pendamai Putra FC, 1-0.
KG Melayu SBFC seri dengan PJBB FC, 0-0.
Sri Indah (PBSB) FC tewas dengan Kota Damansara FC,0-3.
dan F3FC menang menentang Subang Setia Junior FC, 3-0.

Satu perlawanan Piala Liga dilangsungkan di Padang RRI 'D' jam 5.00pm, dua perlawanan di Padang Awam Paya Jaras Tengah dan dua lagi di Padang Awam Paya Jaras Hilir.



Rabu, 29 Februari 2012

PERHATIAN (6)

PIHAK BLOG MEMOHON PADA SEMUA PASUKAN LIGA SUBANG AGAR DAPATKAN JADUAL TERBARU DARI JAWATANKUASA PENJADUAL. DISINI PIHAK JAWATANKUASA PENJADUAL TELAH MEMBUAT PINDAAN YANG TERBARU BAGI JADUAL BULAN MAC INI, ATAS SEBAB-SEBAB JADUAL YANG TERDAHULU TERDAPAT PERTINDIHAN DENGAN JADUAL LIGA FAS. DENGAN ITU PIHAK JAWATANKUASA PENJADUAL LIGA SUBANG TELAH MEMBUAT PINDAAN JADUAL.

  1. TAMAN INDUSTRI FC
  2. 4B PAYA JARAS FC
  3. PUNCAK ARA FC
  4. PENDAMAI PUTRA FC
  5. UNION FC
  6. SRI DAMASARA WARRIORS FC
  7. SIA RRI FC
  8. ARA UTAMA FC

DIMINTA PERHATIAN PADA LAPAN PASUKAN YANG DISENARAIKAN DIATAS INI TELAH DI JADUALKAN SEMULA PERLAWANAN DALAM LIGA SUBANG BAGI BULAN MAC INI.



Selasa, 28 Februari 2012

SENARAI PASUKAN PIALA F.A. KE PUSINGAN SUKU AKHIR

Lapan (8) Pasukan yang layak ke pusingan seterusnya "pusingan suku akhir". empat (4) pasukan dari Piala Super dan empat (4) pasukan dari Piala Perdana. dari lapan (8) pasukan di pecahkan kepada 4 kumpulan iaitu A, B, C, dan D. Pusingan suku akhir ini bermula pada 03 Mac 2012.


NAMA PASUKAN
DARI LIGA
TARIKH PERLAWANAN F.A.
KUMPULAN
KG FC
VS
PJ FC
PERDANA-B

PERDANA-A
04 MAC 2012
A
CARLINA FC
VS
CRT TEAM FC
SUPER-A

SUPER-A
04 MAC 2012
B
UPTOWN SPIDER FC
VS
SUBANG CITY FC
PERDANA-B

PERDANA-B
03 MAC 2012
C
KG MELAYU SBFC
VS
PJBB FC
SUPER-A

SUPER-A
10 MAC 2012
D



Isnin, 27 Februari 2012

BERJAYA MENGHERET

PADANG RRI ‘D’, 26 Februari,  hari ini dua perlawanan Piala F.A. pusingan ketiga, perlawana ini adalah perlawana yang akhir bagi pusingan ketiga. Antara BFC vs PJBB FC dan Subang Setia Senior FC vs CRT Team FC, dimana PJBB dan CRT telah melayakkan diri kepusingan Suku Akhir Piala F.A.


Walaupun BFC telah tewas untuk melayakkan diri ke suku akhir, ini menunjukkan pasukan ini ada peningkatan yang tinggi. BFC “berjaya mengheret” PJBB satu-satunya pasukan yang dianggap bergitu mampu menjuwarai Piala F.A. kali ini, ke sepakan percuma untuk menentukan kemenangan.


PADANG AWAM PAYA JARAS TENGAH, satu perlawanan Liga sahaja pada hari ini dijalankan. Dimana Ara Utama Telah menewaskan OTAI  dengan 3-0.


PADANG AWAN PAYA JARAS HILIR, di padang ini pula dua perlawanan Liga dilangsungkan. Perlawanan pertama Sri Indah ‘A’ vs Uptown Spider dimana berkesudahan Sri Indah ‘A’ menewaskan dengan jaringan yang besar 5-0. perlawana kedua antara Bamboo River dimana telah tewas ditangan KBS Pemuda Subang.