Khamis, 10 Mei 2012

REVIEW FINAL LIGA SUBANG

REVIEW FINAL LIGA SUBANG BAGI MUSIM KETIGA 2011/2012

Perlawanan akhir Liga Subang akan di jalankan pada 20hb. May 2012 bertempat di Stadium MBPJ, didahului dengan perlawanan Liga Perdana jam 5.00pm dan disusuli dengan perlawanan Liga Super jam 3.30pm.

LIGA PERDANA

PJFC menentang  M-PAYA FC.

PJFC
Pasukan ini adalah pasukan yang baru memasuki Liga Subang bagi musim ketiga ini, telah menunjukkan satu kecemerlangan dalam Liga Subang.

Pasukan ini juga telah menjuarai Piala FA Liga Subang bagi musim ketiga 2011/2012, dan telah juga menjuarai Kumpulan ‘A’ Liga Perdana.

M-PAYA
M-PAYA telah menjuarai Liga Perdana bagi musim kedua 2010/2011, adakah pasukan ini akan berjaya mempertahakan kejuaraan bagi musim ketiga ini?

M-PAYA telah menduduki tangga ketiga dalam Liga Perdana kumpulan ‘B’.



LIGA SUPER

SIA RRI FC menentang KS ARA INDAH FC

SIA RRI FC
SIA RRI FC telah menjuarai Piala FA Liga subang bagi Musim 2009/2010, dan awal musim ketiga ini SIA RRI FC telah menjuarai Piala Sumbangsih Liga Subang bagi musim ketiga 2011/2012.

SIA juga telah menduduki naib juara Kumpulan ‘B’ Liga Super bagi musim ini.

KS ARA INDAH FC
Pasukan ini hanya menduduki tangga keempat dalam Kumpulan ‘A’ Liga Super musim ini, mampu meneruskan sehingga keperingkat akhir Liga Subang bagi musim ketiga ini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jangan salahgunakan kebebasan bersuara yang diberikan. Ulaslah dengan berhemah dan tidak menggunakan perkataan atau ayat yang boleh menyinggung perasaan kaum atau agama tertentu. PIHAK ADMIN AKAN MEMADAM MANA-MANA ULASAN YANG MENYINGGUNG PERASAAN MANA-MANA PIHAK. Berikan ulasan yang membina demi kemajuan dan pembangunan sukan bolasepak di kawasan kita ini. Harap bekerjasama.