Sabtu, 26 November 2011

Roadshow BFC - Kg. Melayu Subang

2 ulasan:

  1. Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua Warga Liga Subang.

    Selamat bertemu kembali. Liga Subang Musim 2011/2012 telah bermula. Tahniah saya ucapkan kepada pasukan SIA yang telah mengalahkan pasukan PJBB 2-1 untuk memenangi Piala Sumbangsih untuk kedua kali.Tahniah juga saya ucapkan kepada semua pasukan yang masih bertanding dan Selamat Datang diucapkan kepada pasukan - pasukan baru.

    Syukur Alhamdulillah Liga Subang telah memasuki musim ke 3 dan terima kasih diucapkan kepada YB Dato Bushro yang telah sudi meneruskan Liga Subang ini. Beliau juga telah bersetuju untuk menyediakan beberapa hadiah tambahan seperti hadiah kepada Penjaring gol terbanyak, pemain terbaik, Penjaga gol terbaik, pemain pertahanan terbaik dan pasukan terbaik bagi memeriahkan lagi Liga Subang Musim ke tiga ini.

    Untuk makluman semua pihak, pada musim ini YB Dato telah bersetuju untuk membentuk satu panel pemilihan untuk memilih pemain - pemain terbaik dari Liga Subang untuk mewakili pasukan Putra Subang untuk bermain dalam Liga Selangor 2012. Oleh itu kepada semua pemain - pemain Liga Subang ambil lah peluang dan kesempatan ini bagi menimba pengalaman dalam Liga Selangor yang lebih mencabar.

    Liga Subang baru bermula minggu lalu dan 12 perlawanan telah dimainkan. Pada hujung minggu ini 8 lagi perlawanan akan dilangsungkan dan Insyaallah selepas perlawanan itu nanti pihak kami akan mengeluarkan carta Liga Subang.

    Untuk makluman semua, buat sementara ini pihak kami masih berpeluang untuk mengunakan Padang RRI selagi padang tersebut belum ditutup dan hanya satu padang sahaja yang dapat diperuntukkan kepada Liga Subang setiap hujung minggu. Pihak kami masih lagi mencari padang - padang yang sesuai untuk menambah bilangan perlawanan Liga Subang sementara itu pihak kami merasakan padang Paya Jaras Hilir amat perlu untuk menambah bilangan perlawanan. Insyaallah sekiranya ada padang - padang yang sesuai pihak kami akan maklumkan dalam jadual yang akan datang.

    Untuk makluman tuan - tuan, Jawatankuasa Pertandingan Liga Subang telah bersetuju untuk melanjutkan tarikh akhir untuk daftar pemain ialah pada 31hb Disember 2011. Oleh itu sesiapa yang ingin menambah pemain atau menukar pemain sila hubungi Encik Zainal, Setiausaha Pertandingan Liga Subang.

    Akhir sekali saya ingin ucapkan Selamat Bertanding dan Selamat Berjaya. Kepada pasukan - pasukan yang belum bermain harap bersabar saya yakin giliran pasukan anda sudah semakin hampir.

    Sekian Terima Kasih

    HAMDAN BIN HASHIM
    Pengerusi Pertandingan
    Liga Subang Musim 2011/2012

    BalasPadam
  2. Salam Pengerusi dan AJK Liga Subang, penggunaan padang di Paya Jaras yg boleh mendatangkan bahaya dan kecederaan pemain akibat tidak diselia, lokasi padang tersebut amat strategik oleh kerana penglibatan YB yg sememangnya ADUN Paya Jaras. Jika ingin meneruskan penggunaan padang tersebut, eloklah sekiranya pada waktu tamat musim, padang tersebut diselia dari semasa ke sama seperti meratakan tanah, penanaman rumput serta penjagaan padang. Jika tempoh menyelia padang tidak bersesuaian, padang lain yg saya cadangkan adalah seperti di padang awam Bdr Baru Sg Buloh 1C (perlu diselia kerana padang berair), padang Hong Leong, padang Bukit Rahman Putra, ataupun di Padang NPNG sports centre, Damansara Damai.. Harap pihak pengurusan dapat menilai cadangan penggunaan antara padang-padang ini untuk musim akan datang. terima kasih.

    BalasPadam

Jangan salahgunakan kebebasan bersuara yang diberikan. Ulaslah dengan berhemah dan tidak menggunakan perkataan atau ayat yang boleh menyinggung perasaan kaum atau agama tertentu. PIHAK ADMIN AKAN MEMADAM MANA-MANA ULASAN YANG MENYINGGUNG PERASAAN MANA-MANA PIHAK. Berikan ulasan yang membina demi kemajuan dan pembangunan sukan bolasepak di kawasan kita ini. Harap bekerjasama.