Isnin, 5 Mac 2012

PENYOKONG CILIK

SUBANG, 04 MAC,  perlawanan Piala F.A. Liga Subang pusingan Suku Akhir pada hari ini menyaksikan dua perlawanan antara Carlina FC menentang CRT Team FC dan KGFC menentang PJFC di Padang RRI ‘D’. dalam perlawanan ini dua pasukan telah melayakkan diri ke pusingan Separuh Akhir Piala F.A. iaitu CRT Team dan PJFC.

Carlina FC menentang CRT Team FC Piala FA
CRT Team telah menang dengan jaringan gol yang besar menundukkan Carlina 5-0. mana kala PJFC menewaskan KGFC dengan jaringan 1-0.

Pemain-pemain Carlina FC
Penyokong CRT Team begitu semangat menyaksikan pasukan kesayangan mereka beraksi pada hari ini. Walaupun di bawah terik mentari penyokong CRT tidak berganjak memberi semangat pada pasukan CRT, termasuklah “penyokong cilik” dari CRT Team.

Penyokong CILIK CRT Team
Penyokong-penyokong CRT Team
Empat perlawana Liga juga dijalankan pada hiri ini. Dua di Padang Awam Paya Jaras Tengah Dan dua lagi di Padang Awam Paya Jaras Hilir. Dimana perlawana Gajah Perdana FC menentang Bamboo River FC, Gajah Perdana telah menang tampa bermain disebabkan Bamboo River tidah hadir dalam perlawanan ini.

Taman Industri menewaskan 4B Paya Jaras, 2-0.
Gajah Perdana menang tampa bertanding (W/O) dengan Bamboo River, 3-0.
Unice FC tewas dangan Sri Damansara Warriors, 0-1.
SIA RRI menewaskan HYFAC, 1-0.


1 ulasan:

  1. aku cadangkan phk BFC buat ler kutipan tandatangan dr semua pemain liga Subang mohon Dato bushro dikekalkan sbg wakil rakyat Paya Jaras..taanpa dato bushro akn hilanglah liga Subang..Hidup YB!!hidup YB! Hidup YB!

    BalasPadam

Jangan salahgunakan kebebasan bersuara yang diberikan. Ulaslah dengan berhemah dan tidak menggunakan perkataan atau ayat yang boleh menyinggung perasaan kaum atau agama tertentu. PIHAK ADMIN AKAN MEMADAM MANA-MANA ULASAN YANG MENYINGGUNG PERASAAN MANA-MANA PIHAK. Berikan ulasan yang membina demi kemajuan dan pembangunan sukan bolasepak di kawasan kita ini. Harap bekerjasama.