Selasa, 3 April 2012

FINAL PIALA FA 2012

Tanda sokongan terhadap pasukan kesayangan tak berbelah-bahagi.

April 1, 2012. PETALING JAYA: PJFC salah satu pasukan yang baru memasuki Liga Subang Musim Ketiga ini berjaya menamatkan apabila bergelar Juara Piala FA 2012 selepas menundukkan pasukan PJBB 3-0, di Stadium MBPJ petang ahad lalu.

PJFC menjuarai Piala FA Liga Subang musim ketiga 2011/2012
Pengorbanan penyokong pasukan itu yang sanggup meluangkan masa cuti hujung minggu bersama keluarga, untuk turun ke padang (Stadium MBPJ) bersama-sama pasukan kesayangan mereka. Berbaloi apabila pasukan kesayangan mereka muncul juara Piala FA.

Selain dari perlawanan Akhir Piala FA pada petang itu, satu perlawanan persahabatan juga di langsungkan antara BFC [Veteran] menentang Seniman [Terdiri dari para pelakon]. Dalam perlawanan persahabatan ini BFC menewaskan Seniman 6-3.

Perlawanan persahabatan antara
BFC [Veteran] vs. Seniman [Terdiri dari para pelakon]
Suasana mula gamat apabila bermulanya detik sepak mula perlawanan akhir itu dengan penyokong PJFC bersorak memberi semangat pada pasukan kesayang mereka. PJFC telah mendahului satu (1) jaringan sehingga tamat separuh masa pertama perlawanan. Dalam separuh masa kedua perlawanan, kedua-dua pasukan bermain agak aggressive sehingga banyak pemain kedua-dua pasukan tercedera.

PJBB menyandang Naib Juara Piala FA 2011/2012
Walau bagaimana pun pengurus pasukan PJFC cuba mempertahankan memtal pemain-pemain beliau, sehingga mampu merobik mental pemain-pemain PJBB. Akhirnya PJFC berjaya menjaringkan dua (2) gol lagi di dalam separuh masa kedua dan terus menjuarai paelawanan ini.





1 ulasan:

  1. tahniah pjfc!!!

    pjbb gi maen veteran jer la...smua plyer tua2...hahaha

    BalasPadam

Jangan salahgunakan kebebasan bersuara yang diberikan. Ulaslah dengan berhemah dan tidak menggunakan perkataan atau ayat yang boleh menyinggung perasaan kaum atau agama tertentu. PIHAK ADMIN AKAN MEMADAM MANA-MANA ULASAN YANG MENYINGGUNG PERASAAN MANA-MANA PIHAK. Berikan ulasan yang membina demi kemajuan dan pembangunan sukan bolasepak di kawasan kita ini. Harap bekerjasama.