Isnin, 19 Mac 2012

ANAK-ANAK KAMPUNG

SUBANG, 18 MAC, Berakhir hari ini perlawanan Separuh Akhir Piala F.A. Liga Subang bagi musim ketiga ini, yang mana PJBB FC akan menentang PJFC pada Perlawanan  Akhir Piala F.A. Liga Subang musim ketiga ini.

Buat pertama kalinya mencatat sejarah dalam tiga musim Liga Subang ini, perlawanan Separuh Akhir Piala F.A. Liga Subang dipenuhi oleh penonton dan juga penyokong pasukan yang bertanding. Dianggarkan seramai 300 orang yang hadir pada perlawanan separuh akhir ini.

Sebahagian penonton dan penyokong yang hadir
Dan juga julong-julong kali kita melihat pasukan yang baru masuk ke Liga Subang ini berjaya ke peringkat akhir. Ini menunjukkan Liga Subang telah berjaya memberi ruang kepada semua anak-anak muda di dalam Parlimen Subang menunjukkan kebolehan dalam bidang sukan terutama sekali bolasepak.

PJFC menentang CRT Team FC dalam perlawanan
separuh akhir piala FA
PJFC adalah satu-satunya pasukan anak-anak kampung Paya Jaras yang berjaya menaikkan nama di dalam Piala F.A. Liga Subang musim ini. Seharusnya kita tidak boleh memandang Liga ini sebagai Liga kampung. Sudah terbukti bahawa perlawanan separuh akhir Piala F.A. Liga Subang hari ini begitu meriah sekali.

YB Dato Ir. Muhammad Bushro Mat Johor turut turun padang
menyaksikan perlawana separuh akhir piala FA
Begitu semangat anak-anak kampung ini bermain walaupun dalam keadaan kekurangan seorang pemain yang telah menerima Kad merah. Pada separuh masa pertama PJFC telah menjaringkan satu gol sehingga tamat separuh masa pertama, mana kala separuh masa kedua CRT Team cuba membuat serangan bertubi-tubi namun PJFC mampu mempertahankan gawang gol mereka.

Si kecil penyokong setia CRT Team
Walau pun CRT Team telah ditewaskan oleh PJFC hari ini, namun semangat kesukanan yang kuat telah ditunjukkan oleh pasukan CRT Team.

Dimana lima perlawanan Piala Liga dijalankan juga hari ini. Dalam perlawana Liga pula dua perlawanan telah “walkover” menang tampa bertanding, ini menunjukkan satu gambaran yang tidak begitu sihat bagi Liga Subang Musim ini. Pihak Jawatankuasa Liga Subang bagi musim ketiga ini perlu mengambil satu tindakan yang serius bagi pasukan-pasukan yang tidak hadir pada setiap perlawanan.

Paya Jaras Barat tewas dengan ILMAR, 0-1.
Uptown Spider “W/O Tidak Hadir” kemenangan kepada New FC
Subang Setia Junior “W/O Tidak Hadir” kemenangan kepada SIA
Merbau Sempak menewaskan 4B Paya Jaras, 3-0.
Ara Utama menewaskan Bamboo River, 4-1.




4 ulasan:

  1. knape xboley buka web gambar2 ni ye?

    BalasPadam
  2. ijin Follow, salam blogger subang bos :-)

    BalasPadam
  3. perlawanan melibatkan otai,subang setia junior & uptown wajib dibatalkan terus..adalah lebih baik jadual team tersebut diganti dgn perlawanan lain..jgn buang masa penganjur.!!!

    BalasPadam
  4. TERBAIKKKKK,TANIAH PJFC DAN CUBE LAGI CRTEAM....SEMOGA SEMUANYE SUKSES SELEPAS INI.

    BalasPadam

Jangan salahgunakan kebebasan bersuara yang diberikan. Ulaslah dengan berhemah dan tidak menggunakan perkataan atau ayat yang boleh menyinggung perasaan kaum atau agama tertentu. PIHAK ADMIN AKAN MEMADAM MANA-MANA ULASAN YANG MENYINGGUNG PERASAAN MANA-MANA PIHAK. Berikan ulasan yang membina demi kemajuan dan pembangunan sukan bolasepak di kawasan kita ini. Harap bekerjasama.