Isnin, 9 April 2012

TIPIS HARAPAN

PAYA JARAS, 8 APRIL, Perlawanan Liga hari ini hnya empat pasukan yang dijalankan. Dua perlawanan di Padang Awam Paya Jaras Tengah dan dua lagi perlawanan di Padang Awam Paya Jaras Hilir.

Padang Kota menentang PJBB
Di padang Awam Paya Jaras Tengah kedua-dua perlawanan menang dengan satu jaringan, manakala di Padang Awam Paya Jaras Hilir pula kedua-dua perlawanan berkesudahan seri.

  • Taman Industri menewaskan Merbau Sempak 1-0.
  • Padang Kota telah ditewaskan oleh PJBB dengan jaringan 0-1.
  • PJFC seri dengan Union 1-1.
  • Paya Jaras Barat juga seri dengan Carlina 2-2.
Ramai penyokong agak terkejut dengan cara permainan PJFC hari ini, perlawanan ini dilihat begitu lesu. Adakah pemain-pemain PJFC hari ini turun padang hanya untuk memanaskan badan? Bermacam-macam bermain difikiran penyokong PJFC hari ini.

Paya Jaras Barat menentang Carlina

Paya Jaras Barat tipis untuk mara keperingkat suku akhir dengan keputusan seri pada perlawanan hari ini. Sekiranya KS Ara Indah menang dalam perlawana tertunda pada 11 april ini, secara automatic Paya Jaras Barat tidak layak ke peringkat seterusnya.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jangan salahgunakan kebebasan bersuara yang diberikan. Ulaslah dengan berhemah dan tidak menggunakan perkataan atau ayat yang boleh menyinggung perasaan kaum atau agama tertentu. PIHAK ADMIN AKAN MEMADAM MANA-MANA ULASAN YANG MENYINGGUNG PERASAAN MANA-MANA PIHAK. Berikan ulasan yang membina demi kemajuan dan pembangunan sukan bolasepak di kawasan kita ini. Harap bekerjasama.